Pada suatu petang yang tenang kelihatan seorang wanita berjalan
terhuyung-hayang. Pakaiannya serba hitam menandakan bahawa ia berada
dalam kedukaan dan kesedihan. Dia melangkah terseret-seret menuju ke
tempat kediaman Nabi Musa. Diketuk pintunya perlahan-lahan sambil
mengucapkan salam.
Maka terdengarlah jawapan dari dalam, "sila masuk".
Wanita
cantik itu lalu masuk sambil kepalanya terus tertunduk. Air matanya
berlinangan sambil ia berkata: "Wahai, Nabi Allah tolonglah saya agar
Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
"Apakah dosamu, hai wanita ayu?" tanya Nabi Musa terkejut.
"Sungguh sukar, untuk saya katakan," jawab wanita itu.
"Katakanlah. Jangan ragu-ragu," desak Nabi Musa.
Maka perempuan itu berkata dengan tersekat-sekat: "Saya...saya telah berzina."
Kepala Nabi Musa terangkat. Hatinya terkejut.
Perempuan itu meneruskan kata-kata,"Dari penzinaan itu saya pun hamil. Satelah anak itu lahir. Saya terus..cekik sampai mati."
Nabi
Musa merah matanya. Dengan nada marah ia mengherdik: "Perempuan si*al!
Keluar kamu dari sini agar bala Allah tidak jatuh ke dalam rumahku
kerana perbuatan mu. Pergi!" teriak Nabi Musa sambil mengalih matanya
kearah lain.
Perempuan berwajah sayu itu dengan hati
bagaikan kaca jatuh ke batu, hancur luluh, bangkit dan melangkah keluar
dari kediaman Nabi Musa. Tak tahu, mana hendak mengadu lagi.Bahkan, dia
tak tahu ke mana arah yang harus ditujuinya. Bila seorang Nabi sudah
menolaknya, bagaimana pula manusia lain akan menerimanya? Tergambar
olehnya betapa besar dosanya. Betapa jahat perbuatannya.
Setelah
wanita itu meninggalkan kediaman Nabi Musa. Malaikat Jibril turun
menemui Nabi Musa dan bertanya: "Mengapa engkau menolak seorang wanita
yang mahu bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih
besar daripadanya?"
Nabi Musa terperanjat. Dosa apakah yang lebih besar dari kehinaan wanita penzina dan pembunuh itu?
Lalu
Nabi Musa bertanya dengan perasaan ingin tahu kapada Malaikat Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar dari dosa perempuan yang hina itu."
"Ada," jawab Jibril dengan tegas."Dosa apakah itu? "tanya Nabi Musa semakin ingin tahu.
"Orang
yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang
itu lebih besar dosanya daripada seribu kali berzina." jawab Jibril.
Setelah
mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil semula wanita
itu mengadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk
untuk berdoa memohonkan keampunan kapada Allah terhadap perempuan itu.
MUTIARA HIKMAH
1. Jangan meninggalkan sembayang dengan sengaja.
2. Tuhan pasti menerima taubat orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh.
Oleh
itu marilah kita sama-sama mengingati antara satu sama lain supaya kita
tidak lalai dalam menjalankan kewajiban terhadapNYA.
0 komentar:
Post a Comment